Forever Young

~SELAMAT TINGGAL~
Friday 29 June 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalammualaikum guys ,thirah harap2 korang semua sihat hari ini ye. thirah tak tahu kenapa thirah kecewa,dan sedih.Mungkin kerana  seorang lelaki nie kut ridzuwan .Dahulu tapi akhirnya tirah yg mintak putus dgn dye ,tirah putus pun tak bermakna tirah tak suka dekat dye tapi dalam diri tirah teringat tentang mak dan ayah tirah.Bagaimana lah kalau mereka tahu bahawa tirah bercinta,mesti hancurkan hati mereka.Lagipun selama nie tirah dah berjanji dgn diri saya sendidri dan juga keluarga tirah untk belajar sungguh2.




 

Tirah berharap sngat2 dye maafkan saya ,selepas ini dye tiada lagi di sekolah.Dye pindah sekolah lain ,biarlah tirah tak nak tahu dye pindah kemana.Harap2 dye dapat jumap perempuan yg lebih baik ,sopan santun dan cantik.



 

Saya harap awk maafkan sya. Baiklah sya akan cuba lupakkan awk.Walaupun awk sudah banyak mengejek saya selepas kita putus tapi sya akan ingat semua itu.selamat tinggal.

Ya Allah kuatkanlah iman hambamu ini supaya menjadi seorang wanita yg penyabar dan solehah.





Thanks for reading :)


A Thousand Years
Thursday 23 February 2012 ? 0 Atashinchi ?

Satu ribu tahunyang lebih ribu,
seribu kali juta pintu ke keabadian
Saya mungkin telah hidup seribu nyawaseribu kali
Satu tangga belokan tidak berkesudahan memanjat
Ke menara jiwa-jiwa
Jika ia mengambil masa seribu tahun lagiseribu peperangan,
Menara meningkat pada lantai pasti terdapat di angkasa
Saya boleh menumpahkan juta lagi air matasejuta nafas,
Satu juta nama tetapi hanya satu kebenaran untuk menghadapi

Satu juta jalansatu juta kebimbangan
Satu juta mataharisepuluh juta tahun yang tidak menentu
Saya boleh bercakap juta pembohonganjuta lagu,
Satu juta hak, juta salah dalam imbangan ini masa
Tetapi jika ada kebenaran tunggalcahaya tunggal
Satu pemikiran tunggalsingular sentuhan dari limpah
Kemudian selepas ini titik tunggalapi tunggal ini,


Saya masih menyayangi anda
Saya masih mahu kamu
ribu kali misteri terungkap diri
Seperti galaksi di dalam kepala saya

Saya mungkin dihitungsaya mungkin tidak bersalah
Saya boleh tahu banyak perkarasaya mungkin jahil
Atau saya boleh menunggang dengan raja-raja dan menaklukitanah banyak
Atau memenangi dunia ini pada kad dan biarkan ia berdua tangan saya
Saya boleh menjadi makanan meriammemusnahkan beribu-ribu kali
Dilahirkan semula sebagai kanak-kanak bernasib untuk mengadilijenayah lain
Atau memakai jubah ini jemaah hajiatau menjadi seorang pencuribiasa
Saya telah disimpan ini iman tunggal, saya tapi satu kepercayaan

Saya masih menyayangi anda
Saya masih mahu kamu
ribu kali misteri terungkap diri
Seperti galaksi di dalam kepala saya
Atas dan ke atas misteri berehat diri



Thanks for reading :)


Kita hanya pura-pura tahu..
Sunday 19 February 2012 ? 0 Atashinchi ?


Kita … bukan tak tahu
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam
tanpa perjuangan, Islam tak akan harum
tanpa perjuangan, Risalah tak kan kita nikmati
tanpa perjuangan juga, umat Islam akan terus terhina
yang jadi masalahnya
kita pura-pura tak tahu
kita … bukan tak tahu
perjuangan itu jalannya panjang
perjuangan itu menuntut kemewahan untuk kita korbankan
perjuangan itu juga bukan semata-mata retorik
lalu kita mudah rebah dan kerap melenting
inilah masalahnya
kita tak mau ambil tahu

kita… bukan tak tahu
derajat di sisi Allah itu ukurannya taqwa
balasan baik itu ukurannya amal soleh
husnudzon itu serendah-rendah ukhuwah
itsar itu sebaik-baik ribathul muslimin
dakwah itu kewajiban ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam
masalahnya
kita tahu tapi tak buat-buat

kita … bukan tak tahu
perjuangan meninggikan kalimah Allah itu wajib
mengikut kebenaran itu mesti
tapi masalahnya
kita hanya pura-pura tahu …

Wahai para pemuda pengusung kebangkitan Islam !
Siapa di antara kalian yang tak berdakwah dan memberikan pengaruh baik, janganlah kalian mengadu domba atau banyak bicara !
“Seorang Muslim ialah apabila kaum muslimin selamat dari keburukan lisan dan tangannya” (HR AL-Bukhari)
Ya Allah ! Engkau telah membagikan dinar kepada penduduk dunia, lalu mereka membeli kehinaan dengannya.
Ya Allah ! Berikanlah kami mahkota keselamatan supaya kami dapat selamat dari api neraka.
Mereka membakar kami dan kami berteriak, “Ah !”
Kesabaran mengatakan, “Mengeluh itu tak benarkan.”
Ya Allah … Bantulah kami agar kami tak pernah lelah, tak pernah jengah, tak pernah mengeluh dalam menegakkan syariat MU.
Ya Allah , curahkanlah hidayah-Mu agar kami semua senantiasa istiqomah dijalan kebenaran-Mu.




Thanks for reading :)


Dari Mana Datangnya Ketabahan Itu?
Thursday 2 February 2012 ? 0 Atashinchi ?


Kalau ikutkan kisah cinta aku ini, hanyalah secebis kesakitan pada orang lain. Jika hendak dibandingkan dengan kisah percintaan orang lain. Ada orang lain yang lebih teruk dipermainkan, lebih teruk diperbodohkan, lebih teruk merasai kepahitan itu.
Tapi sungguh, sejauh mana aku berada, kesakitan itu tak pernah hilang. Masih terkilan rasa hati apabila mengingati peristiwa itu. Ditinggalkan ketika hati masih sayang..
Ada orang bertanya kepada aku. ‘aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal. Ke kau memang tak sayang dia?’
Pertanyaan lagi ‘ aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay. Ada udang di sebalik mee ke?’
Siapa cakap aku tak sedih? Siapa cakap aku tak rebah? Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.
 Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu? Semua orang bertanyakan soalan yang sama.
Jawapan aku mudah. Bertaubat. Kembali padaNya.
Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku. Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.
Kuasa Allah hebat. Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu. Tidur malam ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.
Jangan lupa amalkan ini. Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.
1)      Memaafkan seseorang.
Maaf. Perkataan yang paling sukar diungkapkan oleh sang mantan kepadaku. Semua kesalahan diletakkan di bahuku. Aku redha. Aku telah memaafkan dia. Bagi aku, tak ada sebab aku tidak mahu memaafkannya. Walaupun dia campak aku seolah-olah aku lebih busuk dari sampah, aku percaya hukum Allah. Biarlah orang kata aku ni hodoh, buruk asalkan aku nampak indah di mata Maha Pencipta. Maafkanlah orang yang menyakiti hati dan perasaanmu dan kau akan rasa ketenangan itu.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
2)      Bermuhasabah diri
Walaupun kita sendiri tahu sebenarnya memang bukan 100% salah kita, tak apa. Biarkan apa kata orang. Biarkan orang sekeliling menuding jari kepada kita. Ingatlah, tidak mati dek keji. Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri. Fikir kembali apa sikap buruk kita. Kita perbaiki diri kita sendiri. Kita buang sedikit demi sedikit sikap buruk kita. Ingatlah, walaupun bukan untuk mendapatkan sang mantan kembali, sekurang-kurangnya persiapkan yang terbaik untuk suami kita nanti. Insyallah..
3)      Berprasangka baik
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Bila kita ditinggalkan, kita pastinya ada sedikit syak wasangka terhadap sang mantan. Mesti ada. Walaupun sedikit. Beginilah, jika benar apa kata orang, jika benar apa yang kita prasangka sebelum ni sebenarnya kenyataan, lupakan. Cuba berprasangka baik.
Tanamkan dalam hati sendiri ‘ ada hikmah di sebalik semua ini’. Jangan sesekali menyerang atau mencetuskan pergaduhan hingga melibatkan orang sekeliling. Buruk padahnya. Ingat, Allah Maha Mengetahui yang disembunyikan dan yang tersirat. Jangan risau.
4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.
Jangan terburu-buru mengejar cinta. Berhenti seketika. Toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?
Kadang-kadang orang yang kita sayang, 9 atau 10 tahun pun, kalau sememangnya bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita pertahankan, sedaya mana pun kita usaha, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Percaya pada ketentuan Allah. Percaya pada hukum Allah. Insyallah, Allah tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Anggap la ini ujian dari Allah.
Ia benar. Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan. Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.
Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita. Semuanya kuasa Allah. Percayalah..


Salam ATHIRAH




Thanks for reading :)


~Tak de moood~
Friday 27 January 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalammualaikum Readers
Hariini tirah langsung tak de mood,sebab............. Entah la!Kenapa dgn kawan tirah ye?Nampak sangat dye sedih.adakah dye kecewa dgn perangai pakwe dye ataupun cerita lain.Tirah dah tanya dye kenapa sedih ?Tapi dye tak nak g tau, dye cakap tak nak cite dekat tirah huhuhu.



Harap-harap kawan tirah tak sedih lagi,tapikan dulu dye tak pernah sedih macam hari ini.




Tirah rindu perangai kawan yg dulu selalu happy,tapi sekarang dye tak macam dulu.Ya Allah,engkau tolong la bahagiakan kawanku,aq tidak mahu dye sedih lagi.




Thanks for reading :)


~THE VILLAGE~


Assalammualaikum Readers


Alhamdullilah hari ini sampai juga tirah dekat kampung,tak sangka sungguh indah ciptaan allah.Tirah rasa tenag apabila balik kampung dengan suasana yang segar.Dekat kampong tirah nie banyak sawah padi dan juga bukit-bakau,bangun pagi2 duduk tepi sawah mau tak sejuknye hahaha.Lagipun apabila  balik kampung tirah rasa tenang hati je dan rehatkan otak hahaha.I love my village


Thanks for reading :)


Sahabat, Kau Istimewa…


Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.  Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa.  Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta.  Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna.  Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.
Tatkala berteman, jagalah tutur kata.  Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa.  Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita.  Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya.  Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.  Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.
Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain.  Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa.  Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka.  Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain.  Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain.  Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat.  Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa.  Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.  Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.
Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.



Thanks for reading :)




Older Post


// Forever Young-One Direction